layout © Alys Syn
Glukosa
14:59
6 atom karbon, 12 atom hidrogen, 6 atom oksigen.

Membran Tympanic dibasahi najis glukosa manis, dibekukan sakarin nista homosapien sadis. Sang Laknatullah yang bermastautin di kebuk yang dipagari septum menghamburkan hemoglobin dari titik permulaan leher dalaman, ulnar dan sehingga ke pangkal gerbang vena dorsal, sebagaimana bebasnya berjalan disetiap aliran saraf yang berselirat. Sehinggalah dia bertapak di ufuk pedang.

Pedang bukan sebarang pedang.
Berupaya menaikkan neraka berang.

Ketika mendongak melihat peluwapan kristal ais, suara kecil membisik "sepah".

Ironinya apabila mitos peta sebilah pedang mampu memfasiqkan plot kehidupan peringkat demi peringkat.

Bermulanya dari ufuk, sakarin yang melimpah hampir setiap penjuru tidak diambil endah. Disalutnya keseluruhan anatomi tanpa membenarkan satu zahrah keluar mahupun masuk. Dilambung ke syurga, zero graviti.

Peringkat keduanya wujud butiran natrium klorida. Jika sebutir pun larut di sekitar sel gustatory untuk reseptor menghantar data ke serebelum sudah terasa, apatah lagi jika yang mendatang bagaikan tsunami.

Peringkat ketiganya berlawanan dengan yang pertama. Garisan halus di jahitan frontonasal mula memenuhi permukaan.

Berakhir di bahagian penghujung segala titik permulaan.
Punah.