layout © Alys Syn
Anjing
03:41
Dua jenis, satu nama.

Sering bermundar-mandir di setiap butiran dinding sel mikroorganisma. Setiap detik di atas turapan tar dari arah barat ke timur adalah infiniti. Likuan onar datang menjengah sekali-sekala. Hidup menggonggong rezeki tanpa seurat benang mencengkam esofagus. Seluruh tubuh dilitupi parut dan luka segar. Setiap hirisan perit terkandung kronologi sang sampah yang dipandang hina. Tetapi sampah itu tahu jalan permainan apabila Dia melemparkan dadu. Salakan demi salakan dilaungkan walaupun mendapat batu sebagai habuan. Apa ada hal. Dua watak dalam satu badan mana goyang. Tch, anjing liar.

Hidupnya yang sentiasa disumbat dan disuap dengan pepejal dan cecair. Dibawah perintah berkurung bersertakan beberapa urat benang menjerut daging. Setiap bulu halus dilakar lembut di setiap lekuk lapan puluh satu dan lapan belas. Menjaga pelusuk ceruk dari yang asing. Salakan yang dilontarkan dipandang tetapi untuk seketika lalu tidak diendahkan atas sebab kedudukan. Tanah yang diramas disetiap celah kuku. Hanya mampu menunduk patuh apabila tali dihayunkan mengikut rentak tuan. Sekilas pandangan dari luar tembok tidak memadai tetapi cukup untuk mengambil tahu.

Liar mahukan belaian, belaan mahukan kebebasan.

Semua macam anjing, semua menyalak. Menganjing selagi boleh. Menyalak langsi sampai mati. Bitch.
Gua duduk dalam, terjaga. Lu duduk luar, belum tentu iman tak gentar. Tepuk dada.