layout © Alys Syn
Tipikal
23:18
Tipikal dari segi pemikiran
Tipikal dari segi perbualan
Tipikal dari segi penyialan

Ya, kaki gua telah melangkah ke pusat graviti bumi
Ya, jasad gua telah digilap seri di tanah suci
Ya, tangan gua telah memegang buku penyelamat di akhirat nanti
Ya, lidah gua telah jinak melakar alunan Al-Kahfi

Akan tetapi, wahai penumpang bumi...

Nur hidayah diberikan untuk spesis yang layak berada disisiNya. Saki baki hina yang datang bertempur dengan saingan di seluruh pelusuk ciptaanNya untuk bersujud di sebahagian di taman syurga masih merasakan seluruh daging akan dimuntahkan semula oleh tanah apabila Malaikat Izrail mengibarkan kepaknya.

Gua tahu gua layak tetapi gua tak tahu bila hasil buah kelayakan gua diterima.

Kau tahu apa yang menjengah di hard disk gua setelah neuron berkembang infiniti apabila pancaindera menangkap, "aku tahu kau balik dah berubah"? Satu ayat mampu menumbuk pintu untuk jalan ke syurga atau neraka: gua siapa lu siapa, lu bikin kencang lu sendiri rasa.

Typical mofos. Typical mindset. Typical bullshits.

Lima puluh lima peratus ruang sudah diterima. Agak luas berbanding dahulunya yang menyukarkan pulmonari berkembang. Perubahan bukan sesuatu yang kau lakukan, perubahan adalah sesuatu yang kau benarkan.

Dan sekarang...boleh gua laga kepala kau dengan tv plasma tak?