layout © Alys Syn
Penceroboh
18:33
# Numéro Zéro

Dahulu, empangan yang dibina hanya daripada gumpalan tanah liat yang hina.
Apabila Malaikat berzikir dan rahmat dihimbau, lebur mencair dibawa arus entah kemana. Itu dahulu. Dahulu empangan kau seperti gumpalan najis dan sampah. Diserang Big Bad Wolf setiap kali ia datang membawa bala sambil menawarkan intan palsu dan serangan gula nista.

Di situ kau melambung ke syurga, dan di situ juga kau jatuh ke neraka.
Kau, si polan bahlul.
Jejak jebakan satu terukir.
Tajuk pelajaran pertama hidup: Sakit
Dan neuron yang dibuai lena syaitan terjaga.

Empangan dibina semula kembali. Kali ini berdasarkan jadual berkala kimia group 11, period 6, kumpulan unsur peralihan. 24-karat. Rosmah tunduk sujud. Tetapi bukan Big Bad Wolf. Asid nitro-hidroklorik dilemparkan. Lebur. "Aurum? Jangan buat aku mengilai," kata Big Bad Wolf lalu lapan saraf dinaikkan untuk menyeringai.

Hipotesis: Selagi kau mengelak, selagi itu celaka itu tertarik.
Konklusi: Empangan bagaikan nokharom.
Konklusi II: Gali lebih. Gali.

Percubaan untuk numero tres. Titanium.
"Mu nok gocoh mende lagi, gi balik"
"Aku akan berundur tetapi tidak bermakna aku mengangkat bendera putih"
"Tch"
"Kau boleh bunuh aku, tetapi kau tak boleh bunuh memori"
"Mati" Dan...

BANG.
Kau sudah bertapak di salah tempat, Big Bad Wolf. Kau ceroboh Wonderland gua.