layout © Alys Syn
Pengenalan
07:00
Alys Syn
{ˈælɪs sîn}

Tanda soal?
Alys, variasi fonetik nama feminin Alice, dek kerana suatu simptom yang ketara terhadap objek bermandikan darah, maka digelar sedemikian oleh segelintir makhluk.

Syn, singkatan untuk Synis. Gua dikategorikan sebagai lidah lancang dalam tutur kata oleh homosapien. Sinis kata mereka. Setiap penyusunan abjad yang diatur rapi menyusuri racun manis menembak keluar daripada senjata ini membunuh sedangkan gua malas mengasah. Asid deoksiribonukleik si penderma sperma terbukti di dalam cangkerang. Anak Sarjan. Genus yang lancang berkata membawa kecelakaan. Itulah genus salah cakap.

Lapan belas tahun di bawah naungan nasab Sunan Kalijaga, ditemani tiga syaiton yang mendidik gua dari kecil maka lahirlah insan yang rebel dan satanik lantas dituding jari akibat berperangai sedemikian rupa. Syaiton. Sememangnya apa yang kau boleh harap apabila tiada homosapien sama jantina selain gua.

Bagi pihak atasan, gua adalah zirkon yang jarang. Mahal. Haram ditenung lama, haram dilepaskan.

Gua memiliki beberapa alias. Suatu hari nanti kau akan tahu nama sebenar gua...di atas sekeping kertas bersertakan nama bakal suami gua. Yang tersirat itu tidak perlu diungkaikan sekarang, biarkan ia tersurat kemudian hari.

Jadi, selamat berkenalan, gua Alys Syn dan kau tidak akan faham setiap bait yang gua cuba sampaikan. Cubalah sedaya upaya untuk menterjemahkan segala perkataan. Semoga berjaya.