layout © Alys Syn
Pengenalan
07:00
Alys Syn
{ˈælɪs sîn}

Tanda soal?
Alys, variasi fonetik nama feminin Alice, dek kerana suatu simptom yang ketara terhadap objek bermandikan darah, maka digelar sedemikian oleh segelintir makhluk.

Syn, singkatan untuk Synis. Gua dikategorikan sebagai lidah lancang dalam tutur kata oleh homosapien. Sinis kata mereka. Setiap penyusunan abjad yang diatur rapi menyusuri racun manis menembak keluar daripada senjata ini membunuh sedangkan gua malas mengasah. Asid deoksiribonukleik si penderma sperma terbukti di dalam cangkerang. Anak Sarjan. Genus yang lancang berkata membawa kecelakaan. Itulah genus salah cakap.

Lapan belas tahun di bawah naungan nasab Sunan Kalijaga, ditemani tiga syaiton yang mendidik gua dari kecil maka lahirlah insan yang rebel dan satanik lantas dituding jari akibat berperangai sedemikian rupa. Syaiton. Sememangnya apa yang kau boleh harap apabila tiada homosapien sama jantina selain gua.

Bagi pihak atasan, gua adalah zirkon yang jarang. Mahal. Haram ditenung lama, haram dilepaskan.

Gua memiliki beberapa alias. Suatu hari nanti kau akan tahu nama sebenar gua...di atas sekeping kertas bersertakan nama bakal suami gua. Yang tersirat itu tidak perlu diungkaikan sekarang, biarkan ia tersurat kemudian hari.

Jadi, selamat berkenalan, gua Alys Syn dan kau tidak akan faham setiap bait yang gua cuba sampaikan. Cubalah sedaya upaya untuk menterjemahkan segala perkataan. Semoga berjaya.

Achtung #1
00:08
  • Secara jalinya, kelancangan bad boys merogol papan hentak tidak memberangsangkan tatkala senjata utama dan hard disk kerap ke arah tapak peninggalan selama tiga tahun, Yunaited Kingdem.
  • Secara khafinya, bad boys lebih gemar meraba tetikus. Habaqnya kulit kuning meningkatkan paras batin. Maka berlakunya kecurangan lalu meruntuhkan ikatan.
  • Secara khafinya buat kali kedua, diri ini terlampau mengikut sembahan berhala hati. Gua mengagungkan benih anak didik Iblis yang bertapak di ceruk pedalaman sejak azali. Boleh dihindari, boleh diubati akan tetapi...
  • Dan sebenarnya gua boleh bermadah kembali. Aura datang menjengah sebentar tadi selepas memuaskan nafsu berahi terhadap buah yang melancarkan pencernaan dalaman.


Sekat
00:24
Sebelum ini dugaan dicampak tepat pada muka tanpa henti.
Tiada sebarang peluang diberi untuk menikmati manisfestasi duniawi.
Maka kes perogolan Samseng, ciptaan Dajjal, membuas berkali-kali.
Zahrah jahat sentiasa bertapak dihujung jari.
Keypad kecil, argh, why you so babi.
Hilang rahmat "panglima papan kekunci".
Dan kini lancar bertutur bahasa kafir Yahudi.

Nafas baru
00:02
Ketidakhadiran gua dalam bidang propaganda halus menimbulkan rasa kegelisahan pada sesetengah pihak. Gua tidak hilang, cuma gua bersembunyi. Gua tak lari, cuma gua berjalan secara romantik. Peningkatan lemak tepu mengakibatkan oesophagus tersekat. Dan ya, tangki membujur megah.

Dalam erti kata tersurat, gua semakin hensem....dan gua membiarkan ayat ini tergantung.
Pemecahan zahrah-zahrah degil bermula dari sekarang. Bisikan Laknatullah, nyah!