layout © Alys Syn
Glukosa
14:59
6 atom karbon, 12 atom hidrogen, 6 atom oksigen.

Membran Tympanic dibasahi najis glukosa manis, dibekukan sakarin nista homosapien sadis. Sang Laknatullah yang bermastautin di kebuk yang dipagari septum menghamburkan hemoglobin dari titik permulaan leher dalaman, ulnar dan sehingga ke pangkal gerbang vena dorsal, sebagaimana bebasnya berjalan disetiap aliran saraf yang berselirat. Sehinggalah dia bertapak di ufuk pedang.

Pedang bukan sebarang pedang.
Berupaya menaikkan neraka berang.

Ketika mendongak melihat peluwapan kristal ais, suara kecil membisik "sepah".

Ironinya apabila mitos peta sebilah pedang mampu memfasiqkan plot kehidupan peringkat demi peringkat.

Bermulanya dari ufuk, sakarin yang melimpah hampir setiap penjuru tidak diambil endah. Disalutnya keseluruhan anatomi tanpa membenarkan satu zahrah keluar mahupun masuk. Dilambung ke syurga, zero graviti.

Peringkat keduanya wujud butiran natrium klorida. Jika sebutir pun larut di sekitar sel gustatory untuk reseptor menghantar data ke serebelum sudah terasa, apatah lagi jika yang mendatang bagaikan tsunami.

Peringkat ketiganya berlawanan dengan yang pertama. Garisan halus di jahitan frontonasal mula memenuhi permukaan.

Berakhir di bahagian penghujung segala titik permulaan.
Punah.


Sugeng Riyadin
05:13

Nyimpen jenang nang jero tin,
Arek digowo mareng suro,
Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap njalok ngapuro.

Tembok setinggi langit ke tujuh pasti roboh.
Pantes gw mau minta ampun sih. Takut ga nyempet.
Gw selalu aja ga ngejaga omongan. Iya ngga?

Pele/Stesen: Gw omong Indon karena gw half Indon deh. Wkwkwk.

Yang bener,
Raden Anna anak wanita Raden Redzwan

Bas
04:45

"Yang bercinta ni umpama menunggu bas. Kalau kau terlepas bas yang pertama, tunggu dan naik la bas yang kedua. Bas tu berkala...walaupun datangnya kadang-kadang cepat dan selalunya lambat. Bila kau dah tunggu, memang bas akan datang. Sabar aja la. Mungkin bas tu nanti penuh atau laluannya lebih jauh... Kau masih boleh naik, kan? Boleh naik bas yang seterusnya, kan? Tapi kalau bas tak datang juga, kau ada pilihan untuk naik teksi. Mungkin tak semua teksi boleh bawa kau ke tempat yang kau mahu pergi. Tapi kau masih ada pilihan, kan?"

"Dalam bahasa yang lebih mudah dan menggunakan contoh yang lebih klasik, maksud kau...bunga bukan sekuntum dan bintang bukan sebutir aja yang bersinar?"

"Err...ya."
....

"Sampai bila kau nak tunggu dia?"
"Well...aku boleh tunggu dia lagi, bro. Macam tunggu bas...aku mesti sabar, kan?"
"Kalau kau dah terlambat, macam mana tu?"

143...maksudnya I love you
Pingu Toha

Hubaya #1
21:44
Di saat tahi menjengah lalu mengisi ruang tanpa diundang....

"Jangan rasa tertekan. Buat dengan tenang. Abah tau kamu boleh buat. Baca selawat banyak-banyak. Abah tetap doakan kejayaan kamu. Kami semua sayangkan kamu. Belajar sungguh-sungguh"

Sarjan Misai, 55. Bank sperma kepada 4 jasad.